AN-NUUR

Ustaz Mokhtar Senik

MUQADDIMAH

Pondok An Nuur Travel & Tours Sdn Bhd diasaskan oleh Ustaz Mokhtar Senik (Pengerusi Rangkaian Pendidikan Islam An-Nuur) bertujuan menjana tabungan bagi tujuan kebajikan An-Nuur dan lain-lain aktiviti kebajikan.

Kami sangat mengalu-alukan penyertaan anda bersama kami, samada menyertai Pakej Umrah, Haji, atau Lawatan ke destinasi-destinasi yang terpilih.  Apabila anda menyertai pakej yang kami tawarkan, bermakna anda telah turut serta menyumbang kepada tabungan Pondok An-Nuur.

Lebih 30 peratus daripada lebihan aktiviti Pakej Umrah dan Lawatan akan dimasukkan ke dalam tabung "FIsabiliLlah".  Dari tabungan inilah kami membelanjakannya untuk pembangunan, pentadbiran dan aktiviti kebajikan di dalam mahupun di luar negara.

Pondok An-Nuur bergerak dengan modal kewangan yang diusahakannya sendiri di samping sumbangan dan derma orang ramai.  Oleh itu sangat besar maknanya kepada kami apabila anda menyertai pakej umrah dan lawatan anjuran syarikat An-Nuur.

Kami doakan anda memperolehi kesihatan yang baik dan rezeki halal yang berkat.  Sama-samalah kita membantu Agama Allah dengan apa cara sekalipun bagi membuktikan kecintaan kita kepada Allah, Rasul dan Jihad di JalanNya.

MENGAPA KAMI MEMPELAWA ANDA MENYERTAI PAKEJ UMRAH KAMI ?

Pondok An Nuur Travel & Tours Sdn Bhd adalah syarikat berdaftar dan berpengalaman mengendalikan Pakej Umrah dan Lawatan berkumpulan ke destinasi terpilih.

Antara sebab mengapa anda patut memilih kami sebagai PEMBIMBING pakej Ibadah Umrah anda dan Lawatan:

1.  Sepertiga (30.3%) daripada keuntungan program Pondok An Nuur Travel & Tours akan dimasukkan ke dalam tabung kebajikan "FisabiliLlah" [Tabung pembangunan Pondok An Nuur Malaysia & Cambodia, Dewan Ulama' Negeri Pahang, dan lain2 kebajikan untuk anak yatim dan Fakir miskin).

2.  Muthowwif (Pembimbing) syarikat kami yang mengiringi anda adalah bekas pelajar daripada Makkatul Mukarramah.

3.  Harga pakej yang berpatutan walaupun di musim puncak (cuti sekolah dan Ramadhan), kerana program kami lebih berkonsepkan "Kebajikan dan Ta'awun".

4.  Kami menyediakan siri Kuliah Agama sepanjang tempoh anda berada di Madinah dan Makkah.

 

Keteranga Gambar:

1. Gambar atas: Gambar perkarangan Pusat Pendidikan Islam An-Nuur.
2. Gambar bawah: Rombongan Umrah di Kaki Bukit Thur ( Gua Thur).