SILA ISIKAN BORANG TEMPAHAN LAWATAN DI SINI
|
|
| Masyarakat Islam Kemboja ( Kampong Som) |
|
|
| Ibadah korban anjuran Pondok An-Nuur Travel |
Pondok An-Nuur Travel & Tours Sdn Bhd ( Unit Kebajikan) mempelawa anda menyertai program kebajikan ke Kemboja. Menziarahi saudara-saudara muslim kita disana. Membantu mereka sekadar apa yang ada pada kita. Lawatan sambil beramal jaariah ini bukan sahaja memberi pengalaman baru kepada anda, bahkan akan menyuntik rasa syukur kepada Allah atas apa yang kita miliki. Program ini juga akan mendekatkan kita kepada mereka yang kurang bernasib baik, namun mereka adalah "saudara kita".
Untuk itu Pondok An-Nuur Kuantan telah megambil inisiatif membangunkan "Pondok An-Nuur Cawangan Cambodia" di Wilayah Kompot. Kami sedar bahawa masyarakat Islam disana bukan sahaja mengharapkan hidangan "daging Korban" setiap kali menjelang Aidil Adha, namun mereka juga sangat memerlukan "pendidikan".
Cambodia juga kaya dengan tinggalan sejarah, disamping menyaksikan kesan-kesan keganasan Regim Polpot ketika menguasai Politik Cambodia. Kesan yang membuktikan keganasa Komunisme terhadap semua agama.
PAKEJ LAWATAN.
|
|
| Salah sebuah rumah penduduk Muslim Kemboja |
|
|
| Perkampungan masyarakat Islam Kemboja di wilayah Koh-kong |
Kami menawarkan Pakej lawatan dalam bentuk full Pakej yang meliputi Tiket Penerbangan ( AirAsia) pergi balik, Pengangkutan,Penginapan, makan dan minum selama 4 hari 3 malam dengan harga hanya RM 1,500 sahaja. Minima group ialah 10 orang. Jika anda mempunyai group sendiri, anda berhak menentukan tarikh dan jadual anda sendiri. Leader Group ( anda orang yang ke sebelas) akan diberikan pakej percuma. Jika mencapai 20 orang dalam satu group anda akan di berikan komisen cash RM 1,000.
NOTA: Harga RM 1,500 , jika anda mendaftar dan membuat pembayaran deposit ( RM 500) sebulan sebelum tarikh lawatan.
ANTARA DISTINASI LAWATAN.
Antara disitinasi lawatan ialah;
1. Perkampungan Islam di Koh-Kong ( sempadan Thailand)
2. Perkampungan Islam di Kompot
3. Pondok An-Nuur Kemboja
4. Membeli belah di Phnom Penh.
5. Penjara Tuoel Sleng ( Muzium keganasan Polpot)
6. Menyusuri Sungai Mekong dan menziarahi perkampungan Air.
|
|
|
|
| Kedai runcit terapung diperkampungan air, Sungai Mekong Phnom Penh. | Sempadan Cambodia - Vietnam | Sanpan Nelayan di Perkampungan Islam Koh Kong Cambodia |
- 1173 reads







.jpg)
